|
|
| Saturday, 29-Sep-2007 08:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Helping Mummy~
|
|
Mummy very busy lately..da jarang jenguk fp kawan2 Adek yang lain..da 2 bulan mummy sangat busy..actually mummy kena ganti post kawan die yang berpindah and at the same time post lama mummy x dapat pengganti lagi..so mummy kena buat keje untuk 2 orang ler..hari2 balik lambat..bulan puasa lagi la kelam kabut sebab nak balik awal masak untuk berbuka..
Bila kat umah plak sebuk layan Adek yang macam2 kerenah..mana nak wat keje2 umah lagi..mana nak siapkan tempahan jahit manik lagi..nak harapkan sabtu ahad je la baru bole buat..huhu..
Jadi sebagai anak yang bertimbangrasa dan sentiasa mempunyai masa terluang, maka Adek telah meringankan tulang untuk membantu mummy pada hari ini.. kawan2, meh la tengok apa yang Adek buat..
memula Adek amek bead container yang masih baru
pastu bukak plastic wrapper tu
then Adek amek container ngan cover die
Adek nak transfer yg kaler ijau plak
da masuk dalam container
kena tutup nanti bersepah menangis la nak mengutipnyer
join yang lain
ha da siap jaet pun
tapi bukan Adek yang jaet
| Quote: | Si Kecilku ini pantang betul kalau nampak mummy kuarkan manik..padahal sebelum tu x heran kat mummy langsung,pandai la pulak nak main sendri..paling die suka sepahkan manik2 mummy..memang jenuh la nak kutip kalau da bersepah tu..jadi kalau nampak die dtg je cepat2 tutup bekas manik tu..
Tapi masa amek gamba ni die mmg x kaco..dia sebuk nak bukak plastic wrapper tu pastu cuba nak padankan bekas ngan penutupnyer..bila x berjaya nak tutup betul2 ngan ketat, dia marah2
da penat main die terus tido |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Sep-2007 01:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tribute To FIFI The Survivor
|
|
Ini adalah Fifi The Fish..Kami panggil Fifi The Survivor sebab ikan ni je yg masih hidup dari hari kami beli ..yang lain sebanyak 43 ekor semua dah mati..goldfish, guppy, swordtail fish even ikan bandaraya yang tahan lama tu pun mati..
Fifi suka sangat main buih kat pam.. kalau Adek nak tengok Fifi main, Adek kena panjat & berdiri atas kerusi plastik kecik Adek sebab Adek pendek, eh bukan..Adek belum cukup tinggi sebenarnya
haaa tu la suka sangat main kat situ kan da kena sedut
Tapi, malam semalam Fifi pun ikut kawan2 dia yang lain..memula Adek pun x pasan Fifi da mati..tengok2 da timbul.. so skang akuarium Adek da kosong..weekend ni nak suwuh Mummy belikan ikan baru yang tahan lasak
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Sep-2007 07:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Edisi Control Cute
|
|
control2 je
tapi Adek memang cute pun kan?
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Sep-2007 04:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adek Setahun~Again!
|
|
Why Again?
Adek kan dah setahun 2 bulan lepas?
Sebab Adek prematured, so Adek ada dua 'tarikh lahir'
Adek sepatutnya lahir pertengahan September
tapi Adek lahir pada 17 Julai 2006 <---yang ni umur Adek diskaun 2 bulan
Jadi semua perkembangan Adek akan diambil kira dari tarikh sepatutnya Adek lahir..sehinggalah Adek mencapai umur 2 tahun..dan selama tempoh 2 tahun ni juga Adek kena slalu dating ngan pediatrik.
Menurut kata mummy, perkembangan Adek sama je macam baby normal yang lain..eh, eh..Adek ni baby lagi ke?
Yang ketara, Adek suka posing depan kamera..x caya? Meh la tgk gamba Adek masa baru balik dating ngan doktor 17 September haritu..
bergamba disamping lagu kegemaran, Indah Had A Little Lamb
bersama lagu Baa Baa Black Sheep..cuma pandai nyanyi ba-ba-ba-ba-ba tapi masih mengekalkan rentak yang sama
Mummy, Adek da penat berdiri la
hihi posing duduk plak la
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Sep-2007 02:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raise Your Child Self-Esteem #4
|
|
*ketika Indah menerima suntikan sewaktu umurnya 4 bulan
Give Your Child Courage And Full Support
Tidak kira apa jua keadaan, bila dan di mana, anda akan sentiasa menjadi teman baik kepada anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda sentiasa bersama mereka. Katakan kepada mereka bahawa mereka sentiasa memiliki sokongan padu dari anda. Dengarlah cerita mereka, dengarlah masalah mereka. Berikan mereka keyakinan untuk menghadapi cabaran. Percaya atau tidak, pelukan hangat dan dakapan mesra anda memberikan kelegaan segera kepada mereka. Pasti rasa sedih dan risau mereka akan segera hilang. Sentiasa berikan mereka semangat. Tidak salah jika anda menjadi pompom girl bersorak di tepi padang untuk anak anda di hari sukan tadika mereka.
Mummy Indah
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Sep-2007 09:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raise Ur Child Self-Esteem #3
|
|
Don't Let Your Child Go To Bed Angry With You - Or Thinking That You Are Angry With Him/Her.
Gambar ini diambil di tengah malam ketika Indah tidak mahu tidur..asyik nak main je pastu sepahkan sebakul toiletteries kepunyaannya..bila ditegur dia tarik muka masam dan menjeling..lama dipujuk baru Indah mahu tidur..itupun masih moody...merengek2 sebelum tidur..terjaga di tengah malam 2,3 kali diiringi rengekan..dan bangun keesokan harinya dengan wajah tidak ceria seperti selalu..jadi jangan biarkan emosi anak anda terganggu sebelum mereka tidur..
Mummy Indah
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Sep-2007 04:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raise Your Child's Self-Esteem #2
|
|
Don't treat all of your children exactly alike. Each one has different needs.
Bagi mommies yang telah memiliki lebih daripada seorang anak, pastinya dapat melihat perbezaan pada perkembangan anak2 mereka..betul tak? Tidak mengapa jika mungkin anak2 anda lambat belajar berjalan, bertutur dan sebagainya kerana ini adalah normal dan jangan cepat melatah melainkan jika anda perasan memang terdapat masalah pada anak2 anda.
Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, anda harus banyak bersabar melayan kerenah anak2 anda..mungkin anak kecil anda kuat merengek tidak seperti abang atau kakaknya..pasti ada sebab kenapa anak kecil anda kerap merengek..mungkin lapar, tidak selesa kerana ruam lampin, panas atau apa pun sebabnya anda harus mencari puncanya..dan janganlah dimarahi anak kecil itu yang mungkin banyak ragamnya berbeza dengan adik beradik yang lain semasa umurnya sebaya dengan anak kecil anda itu..kerana lain anak lain ragamnya..
Seorang ibu lebih memahami peribadi anaknya sendiri..jadi anda patut tahu bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluan anak2 anda yang mungkin berbeza-beza itu..mungkin anak sulung anda seorang agresif manakala anak kedua seorang yang pendiam, jadi anda perlu menggunakan pendekatan yang berbeza bagi menangani anak2 anda itu..
Contohnya ketika ingin menyampaikan arahan ataupun meminta pertolongan mereka, anda harus menggunakan ayat dan cara yang berbeza dengan maksud dan tujuan yang sama bagi karektor anak2 anda yang berlainan itu.
Ingat, pendekatan berbeza kerana keperluan mereka mungkin berbeza..lain anak lain ragamnya..kerana mereka adalah istimewa.
Terima Kasih kerana masih bersama kami..Selamat Mencuba!
Indah, You Are Special!
Mummy Indah
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Aug-2007 02:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raise Your Child's Self-Esteem #1
|
|
Tell your child you love him at least once a day
Mommies,
This is very important! Dengar mcm senang..skang ni mmg senang sbb ur children sumer kecik2 lg,baru nak belajar bertatih..they still need us to help them in doing such things..kita akan selalu peluk cium mereka x kira masa dan tempat..because they still our 'babies'..but when they grow up, mereka akan rasa malu bila dipeluk cium di khalayak ramai especially in front of their friends..am I right?
Dan kesibukan kita sendiri kadang2 membuatkan kita terlupa untuk menzahirkan kasih sayang kita pada mereka..ya, memang sebenarnya kita sentiasa sayangkan mereka dan mereka juga tahu itu..Tapi tidak salah juga kan kalau setiap malam kita akan menjengah sebentar ke bilik anak2 kita sekadar untuk menyatakan betapa kita sayangkan mereka? Bagi anak2 yang tidak tinggal bersama, di asrama mungkin, sms dan email boleh menjadi penghubung sekiranya kita berasa 'kekok' untuk menelefon setiap hari semata2 untuk menyatakan yang kita menyayangi mereka..eh, dengan anak2 pun nak rasa segan ke? Tapi mmg ada berlaku ya mommies semua, ada parents yang segan nak beritahu anak2 mereka secara face to face..ada juga yang anggap anak2 mereka sudah dewasa dan x perlu mendengar ucapan sayang tersebut..mereka anggap anak2 ini sudah sedia maklum tentang kasih sayang mereka...
Dan amalan ini harus kita mulakan sedari mereka kecil lagi..Ini penting untuk menjadikan mereka seorang yang yakin dengan diri sendiri..Saya juga berharap saya akan terus mengamalkannya sehingga Indah dewasa..Agar dia mempunyai sifat kendiri yang teguh..mungkin sehingga Indah mempunyai keluarga sendiri..Pada saat dia menikah suatu hari nanti, saya tidak perlu berasa risau lagi kerana saya tahu dia akan terus disayangi oleh seseorang yang mencintainya..tapi of course saya akan terus menyayanginya..eh eh emosional plak sekejap..huhu..
Semoga anak-anak anda sentiasa dilimpahi kasih sayang yang tidak terbatas daripada anda semua..namun harus dibezakan antara kasih sayang dan kemanjaan..
Ok mommies semua, semoga tips pertama ini menjadi panduan berguna untuk kita..teruskan bersama kami untuk tips seterusnya..
Selamat Mencuba!
Mummy Indah
| Quote: | Emy-mama Fahim : terima kasih ..saya pun kadang2 segan nak peluk especially ayah..kalau mak tu no hal..mungkin kerana mereka x biasakan kita dr kecik..sbb tu saya sarankan agar kita praktikkan amalan ni pada anak2 kita sedari mereka kecil lagi..
ciku-nunu : itu yang saya cuba terangkan dalam 1st paragraph tu..skang ni sehari ntah bape kali peluk cium kita bagi pada anak2..kadang2 sampai Indah rimas tapi semakin mereka membesar, semakin agak terbatas peluk cium kita tu terutamanya pada anak lelaki..dah x boleh nak gomol2 mcm sekarang ni..dan saya harap Hafiy akan membesar dengan penuh limpahan kasih sayang dari Yani & hubby..dia akan rasa penuh YAKIN untuk menghadapi hari mendatang, InsyaAllah..
$weE+ 666: urm kena tunggu Indah besa la..
yan: tq
esmawaty @ mama areel: u r wcome..
mamajannah: tq eina..kite cuma nak share ngan mommies lain apa yg kite baca sbb kita rasa tips2 ni mmg amat bguna
Hirda-mama Hardy: betul tu Hirda..Hardy bertuah dapat Hirda & hubby as his mama & daddy
wanie~mama irfan: mmmuahhh to irfan too
sabrina@mamaAdam: u r most welcome sab
mypokcik: tq sbb sayang Indah (^,^)
~PuTeRI1@maMa aQiLaH~ : tq auntie
lily: tq |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Aug-2007 04:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raise Your Child's Self-Esteem
|
|
An Introduction:
Take the time to show your children how wonderful, unique and special they are. Be there for them through the good and the bad. Be their cheerleader, teacher and confidante. And show them that there is nothing you would rather do than be with them.
Self-esteem isn't something you're born with. In some ways, it's something you're given, like a gift. when children are very young, they develop much of their sense of self-worth by studying how others perceive them. If children only receive negative reinforcement, they won't think much of themselves. But if they get praise and encouragement often enough, they begin to develop a sense of pride in themselves that will sustain them for the rest of their lives.
Every child is special. Each one has unique talents and abilities that set him or her apart from everyone else. It's our job as parents to make sure that our know just how remarkable they are. If they grow up filled with self-esteem, they will have the courage and confidence to go out into the world and try new things, to respect other people's ideas, and to face challenges with a sense that they can do anything they put their minds to.
Nancy Krulik
an author of more than 100 books for children and young adults
Hye Mommies!
I would like to share tips on How To Raise Your Child's Self-Esteem
urm actually got a lots of tips but I'll upload here one by one
and this is just the intoduction
so stay with us
Mummy Indah
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Aug-2007 06:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jannah's Bday Bash 12.08.2007 ++The Babies++
|
|
Pelakon Utama:
Date:12 August 2007
Venue: Pizza Hut TTDI
Time: 11 am
ha ni la wajah2 yg memeriahkan majlis Jannah haritu..gelak2..jerit2..punyer la sonok maen x hengat sampai ader yg terbaring2 kat lantai.. berebut2 bola..yg nangis2 pun ader..tapi yg paling cool on dat day adalah bday girl..die rileks jer time gamat2 tu..
|
|
|
|