|
|
| Saturday, 18-Aug-2007 05:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jannah's Bday Bash 12.08.2007 ++The Families++
|
|
Jannah & family
Indah @ Jannah's Birthday Party
Date: 12 August 2007
Venue: Pizza Hut TTDI
Time: 11 am
entry kali ni mummy upload gamba antara kawan2 Indah yg dtg bday party Jannah bersama family memasing..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Aug-2007 03:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jannah's Bday Bash 12.08.2007 ++The Party++
|
|
the invitation
Si Jelita Jannah is coming
The Beautifull Birthday Girl
so adorable
Nur Jannah with her lovely mother
acara potong kek
the guest
Date: 12 August 2007
Venue: Pizza Hut TTDI
Time: 11 am
hehe..nampaknyer sumer mommies da update gamba2 bday Jannah kat FP memasing..mummy ke yg paling last?xper la..mummy br masuk keje hrni..cuti xm..pe nak wat budak skolah la katakan.. lgpun mummy xder gamba,ni sumer kidnap dr fp mommies yg lain..jgn marah yer tuan punyer gamba..
yg ni br part 1..yg akan menyusul pasni:
Part 2 THE FAMILIES
Part 3 THE BABIES
hehe saje je xmo upload skali
|
|
|
|
|
|
| Monday, 6-Aug-2007 09:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jadikan Anak Anda Sebagai WINNER!
|
|
juara makan roti ni..makan nasi xmo asyik nak makan roti jer..tgk la apa yg dipegangnye tu..hehe..
Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setengah budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 23-Jul-2007 04:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Monthly Check Up MMR + Lawatan Sambil Belajar Ke Ofis Mummy
|
|
harini cam biasa mummy bawak adek g klinik utk check-up..mummy datang keje..pastu kul 10 balik umah amek adek g klinik..seb bek umah ngan klinik dekat jer
berat adek naik x banyak..300 gram je so skang berat adek 6.5kg..still underweight.. tapi badan adek panjang..7.68
masa dtg klinik adek da ngantuk tapi adek tgk ramai kawan2 kat klinik tu..mummy suruh tdo pun adek x nak tdo..besh main ngan kawan2..
adek da setahun so adek kena cucuk MMR harini..time tunggu turn adek da merengek2 nak tdo..masuk jer bilik tu adek terus kena cucuk..bila kena cucuk je terus terdiam..sakit juge yer rupanya..mummy puji adek sbb x nangis..haha sbenanya adek da ngantuk sgt lepas kena cucuk jer masuk stroller minum susu terus tdo
masa mummy nak hanta adek balik gerimis turun..mummy x jd hanta adek balik..naik ofis mummy kat sbelah klinik tu jer..seb bek la dekat..huhu besh tul tdo sejuk2 air-cond ni..seb bek la mummy mmg da standby sweater adek..lama juge la adek tdo..sementara tunggu ujan reda adek tolong mummy wat keje2 ofis mummy..kul 3.30 ptg br Ibu dtg jemput adek balik umah..
meh la tgk apa yg adek kerjakan kat ofis mummy tu
::bangun tdo je minum susu dulu::
::mekap2 dulu..nanti auntie2 kat ofis ni ingat adek baby boy plak::
::eh mummy panggil adek la..yer mummy jap ye::
::mummy nak adek tlg carikan fail?isk mana mummy letak ni::
::kat tray ni xde la mummy..mana adek nak cari ni?::
::jap adek cari kat bilik fail..huhu jauhnyer bilik ni ngan meja mummy:: <---meronta2 nak turun merangkak sampai ilang masuk bawah meja org
::ha da jumpa pun..mummy!!kat sini la..:: <---memula meronta2 nak turun g kat troli..da sampai kat troli try tolak troli x buleh sbb berat pastu Indah marah2
::haus la sambung minum susu:: <---mana x haus ke sana sini die merayau
::tlg mummy kira paper clip plak:: <---dipunggahnyer satu2 pastu disepahnye sampai penuh atas meja tu
::adek bz ni jgn kaco:: <---khusyuk sgt 'mengemas' sampai x heran kat kamera dah
| Quote: | | *amek gamba adek guna kamera tepon so x clear sgt |
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jul-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Indah's Day Out[Tasik Titiwangsa 15th July 2007] ~ Treasure Hunt
|
|
::I've to drink glucose to regain my energy::
::Yeay! I'm full of energy! Can we start now?:: <---sebut nowww sampai muncung2
::Where is it? I’ve the instinct..My heart say what I’m looking for is in this bag::
::Yeah!!! I got it!
::Wah! I made it!!! I made it!!! ::
::I'm great, right?:: <---da penat sambung minum lagi
Ni la game yang adek suka..sbenanya masa tu adek bawak beach ball tapi da ditiup angin kuat ke dalam tasik..jadi adek main sembunyi barang je la..
| Quote: | mummy gerammm sangat ngan muncung adek tu..suka sangat muncung2 camtu..bole ikat wat gantung baju ..eii rasa macam nak sepit guna penyepit baju jer.. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Jul-2007 02:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Indah's 1st Bday ~ Kurnia
|
|
::My Lovey Dovey Cute Little Baby Girl:: <---sabar menanti sewaktu sedang dirias
::Kurnia Dari Yang Esa::
Rasanya seperti baru semalam kau hadir
Mewarnai hidupku
Kumelihat kau membesar
Indah sungguh detik-detik itu
Dan kini usiamu menginjak setahun
Begitu deras peredaran masa
Ku bersyukur di atas kurniaan ini
Dan untukmu sayang
Seikhlas hati
Tanpa batasan kasihku membara
Mekar subur di dalam jiwa
Happy Birthday My Dear!
I Love U So Much!
~mummy~
| Quote: | MamaJannah : tq..ribbon tu mummy buat sendri utk adek..sempat buat sebelum kuar umah pagi nak g titiwangsa 15 julai haritu..x sampai 5 minit da siap.. n lekat elok kat atas kepala pun x sampai 5 minit gak..pastu adek cabut..rimas la haha |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Jul-2007 09:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Indah's 1st Bday ~ Goodie Bag
|
|
Indah Turns 1 Today!
*yang ni goodie bag Indah utk kawan2 masa Gathering Babies 8 Julai tempohari..
nak tgk lagi? layari www.partythemepack.com <---ewah sempat buat iklan lagi tu!
neway thanks auntie Mai 4 d cute favor bag!
| Quote: | | TQ 4 all yg wish bday adek! tq very much! |
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 14-Jul-2007 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kejora di Matamu
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 13-Jul-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kasih Suciku Untukmu Indah
|
|
Kasih Suci
Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai ku capai si pelangi
Akan ku serah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan kasih suci
Ku terima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi sempurna
entry kali ni mummy tujukan khas buat anak mummy yang sangat mummy sayang
adek adalah anugerah terindah dalam hidup mummy
adek telah merubah kehidupan mummy menjadi lebih bermakna
mummy tetap menyayangi & menerima adek seadanya
mummy akan sentiasa bersama adek dalam setiap langkah adek
biar dalam suka mahupun duka kasih mummy tetap akan bersama menemani adek
mummy saaaaayaaang adek!
adek sayang mummy kan? <---macam biasa adek akan sengih biler mummy tanya adek
tapi mummy tau adek pun sayangkan mummy
terima kasih sayang!
"diriku tanpamu, apa ertinya cinta?"
luv,
~mummy~
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jul-2007 03:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mommies & Babies Day Out on July, 8 2007
|
|
actually adek xder pun masa ni
cuma muka adek jer ader kat banner
adek x jadi datang sbb adek demam
x dpt nak jumpa kawan2 + celebrate besday adek skali..
| Quote: | mummy kidnap gamba dari Adam & Nurin
~mummy~ |
|
|
|
|