*ketika Indah menerima suntikan sewaktu umurnya 4 bulan
Give Your Child Courage And Full Support
Tidak kira apa jua keadaan, bila dan di mana, anda akan sentiasa menjadi teman baik kepada anak-anak anda. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda sentiasa bersama mereka. Katakan kepada mereka bahawa mereka sentiasa memiliki sokongan padu dari anda. Dengarlah cerita mereka, dengarlah masalah mereka. Berikan mereka keyakinan untuk menghadapi cabaran. Percaya atau tidak, pelukan hangat dan dakapan mesra anda memberikan kelegaan segera kepada mereka. Pasti rasa sedih dan risau mereka akan segera hilang.Sentiasa berikan mereka semangat. Tidak salah jika anda menjadi pompom girl bersorak di tepi padang untuk anak anda di hari sukan tadika mereka.